Pemandu maut, 4 penumpang cedera kemalangan di Serendah - pakdin.my

HULU SELANGOR: Pemandu sebuah kereta Perodua Viva maut, manakala empat penumpang lain cedera termasuk dua parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan berhampiran jambatan Sungai Serendah, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.10 pagi apabila kenderaan dari arah Rawang ke Serendah dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kereta dinaiki semua mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu melanggar besi penghadang jalan.

“Pemandu Ahmad Nor Hakimi Sayuti, 18, tersepit di tempat duduk dan maut di tempat kejadian, manakala empat lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Manakala, penumpang wanita Mar Betek, 17, putus pergelangan kaki kanan kini dirawat di Hospital Selayang. Sementara, mangsa lain Muhammad Shahrul Mazlan, 17, patah kaki kiri, manakala dua lagi iaitu Rosnina Roslan, 17, dan Rahim Razali, 18, masing-masing cedera ringan,” katanya.

UTAMABERITAPemandu maut, 4 penumpang cedera kemalangan di Serendah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium