Pemandu Maut, Kenderaan Rempuh Tembok Plaza Tol Sungai Besi - pakdin.my

kemalangan-tol-sungai-besi-131123

Di plaza tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, tindakan pantas kakitangan lebuh raya plus berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung apabila kereta dipandunya terbakar setelah merempuh tembok plaza tol.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia setelah berjaya dikeluarkan akibat kecederaan dalaman yang serius.

Kemalangan ini berlaku kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati, kereta Honda City ini dipercayai dipandu laju menyebabkan ia gagal dikawal ketika menghampiri plaza tol.

Rempuhan kuat menyebabkan kereta remuk teruk lalu terbakar.

Kakitangan Plus dan orang ramai bergegas mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas bahagian enjin kereta yang terbakar marak.

Mangsa Lok Kek Chin, 35 tahun yang berasal dari Batu Pahat Johor, disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

 

UTAMABERITAPemandu Maut, Kenderaan Rempuh Tembok Plaza Tol Sungai Besi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium