Pemandu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Lebuhraya KL-Seremban - pakdin.my

Pemandu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Sebuah kenderaan hilang kawalan dan nyaris merempuh beberapa kenderaan lain.

Kejadian berlaku berikutan pemandunya diserang penyakit jantung dan meninggal dunia.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang semalam di Kilometer 1.3, Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban arah pusat bandaraya.

Siasatan awal polis mendapati, kereta mangsa yang tidak dikawal, terbabas dan bergesel ke arah tembok pembahagi jalan.

Mujur beberapa buah kenderaan sempat mengelak dari dirempuh kereta mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Chua Teow Huat, 55 tahun.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang lebih 5 kilometer.

 

UTAMAPemandu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Di Lebuhraya KL-Seremban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium