Pemandu Parah, Bas Ekspress Rempuh Lori Dekat Batu Pahat - pakdin.my

Pemandu Parah, Bas Ekspress Rempuh Lori Dekat Batu Pahat

Seorang pemandu bas ekspress parah, manakala lima penumpang cedera ringan, apabila bas berkenaan merempuh sebuah lori di kilometer 109, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Batu Pahat, Johor, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, bas terbabit yang membawa 25 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Johor Bahru, apabila ia tiba-tiba melanggar belakang lori yang sedang bergerak.

Akibatnya, pemandu bas mengalami kecederaan teruk akibat tersepit di bahagian tempat duduk.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Lima lagi penumpang yang mengalami luka-luka ringan dirawat di hospital sama, sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad yang dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

UTAMAPemandu Parah, Bas Ekspress Rempuh Lori Dekat Batu Pahat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium