Pemandu Teksi Dikelar dan Dibakar - pakdin.my


++++++

Mulanya, kebakaran sebuah teksi disangka hanya kemalangan biasa.

Namun, lain pula kisahnya, apabila pemandunya ditemui mati dengan kesan kelar di leher.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan sebuah teksi di Jalan Tun H.S Lee di ibu negara,  bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba,  kebakaran bahagian dalam teksi segera dipadamkan.

Pemandunya ditemui berlumuran darah, dengan kesan kelar di leher.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, terdapat kesan terbakar di bahagian kusyen pemandu.

Manakala, kesan terbakar juga dikesan pada badan mangsa yang masih berpakaian lengkap.

Dompetnya tidak ditemui dan mangsa dipercayai disamun.

Identiti mangsa yang berusia kira-kira 40-an, masih belum dikenalpasti.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITAPemandu Teksi Dikelar dan Dibakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium