31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Pembaharuan BNM Letakkan Malaysia Di Kedudukan Kukuh

Pakatun dan Protun mesti baca ini.

Hari-hari kata ekonomi Malaysia dah teruk sangat sebab Najib dan 1MDB.

Cakap pakar semua tak boleh pakai, yang boleh pakai cakap pakar ekonomi media sosial protun dan pakatun.

Mak cik jual karipap pun malas nak dengar temberang Pakatun dan Protun


Pembaharuan kewangan pelbagai yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhkan institusi kewangan telah meletakkan Malaysia di platform yang kukuh sehingga membolehkan ekonominya kekal stabil meskipun berlaku ketidaktentuan luaran.

“Jika tidak, kita akan sangat mudah terjejas (dengan keadaan yang tidak menentu), seperti kejatuhan harga minyak mentah. Jika kita tidak mempunyai dasar untuk mengukuhkan institusi kewangan kita, maka, kita akan berada dalam keadaan yang amat sukar,” kata Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Oleh itu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 3.25 peratus kekal menyokong ekonomi dan terasnya, kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan bank pusat mengekalkan kadar itu yang berbeza dengan langkah bank serantau lain seperti Indonesia yang mengurangkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini.

Kenaikan OPR kali terakhir sebanyak 25 mata asas yang dilaksanakan oleh BNM adalah pada 10 Julai, 2014.

Zeti berkata ekonomi Malaysia masih berkembang dan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan semasa tidak kekal lama.

“Kita akan mengharungi tempoh pelarasan bagi satu atau dua tahun atau lebih dan sewajarnya kita mampu untuk meneruskan pertumbuhan kita. Kita mempunyai asas-asas yang penting,” katanya kepada pemberita di luar Forum Global Wharton 2016.

Semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kedua pada Rabu, BNM mengumumkan keadaan kewangan domestik keseluruhannya kekal stabil secara relatifnya sejak mesyuarat sebelum itu yang berlangsung pada Januari.






Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan