31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

PEMBANGKANG BAKAL PECAH EKORAN ISU KALIMAH ALLAH

kalimah allah nik aziz setuju

 

Isu kalimah Allah bakal menjadi faktor penentu sama ada pakatan pembangkang akan terus sebagai satu kerjasama politik di antara Pas, Dap dan PKR atau sebaliknya penyebabkan kepada kemusnahannya.

Ini kerana kini terdapat jurang perbezaan yang amat luas di antara ketiga-tiga parti berhubung isu ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak rayuan gereja katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan kristian, Herald telah membuka satu ruang perdebatan yang hebat di dalam pakatan pembangkang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Haron Taib menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu ini.

Beliau berkata umat Islam tanpa mengira fahaman politik haruslah merapatkan saf ukhwah agar musuh tidak mudah untuk mengertak atau mempersendakan akidah serta syiar agama.

Pendapat beliau sudah tentu dilihat sebagai satu penyimpangan yang jauh tersasar daripada pendirian rasmi kumpulan pembangkang.

PKR, Dap dan Pas dahulunya menyokong kalimah Allahn digunakan oleh penganut agama lain.

Namun kenyataan terbaru Haron jelas memperlihatkan sikP Pas yang berbeza terutamanya setelah selesai Pilihan Raya Umum ke 13.

Pas sedar bahawa parti itu telah dijadikan tunggangan politik oleh Dap dan PKR sehingga kedua-dua parti menang besar dalam pilihan raya yang lalu.

Pas juga sedar pendiriannya yang menyokong agenda politik Dap dan PKR telah menyebabkan pengundi Melayu beralih kembali kepad UMNO dan Barisan Nasional.

Ini menjadi faktor mengapa ramai pemimpin dan tokoh Pas membuat kenyataan terbuka agar pendekatan tahalus siyyasah atau kerjasama politik antara parti itu dan Dap serta PKR di kaji semula.

Pada pendapat Pas jika ia masih terus dalam pakatan pembangkang dua perkara akan berlaku.

Satu sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu akan terus terhakis.

Kedua imej Pas sebagai keldai tunggangan Dap dan juga PKR akan terus menjadi liabiliti politik yang sukar di atasi menjelang PRU14 nanti.

Malah sudah terdapat suara-suara daripada pelbagai lapisan dalam parti itu supaya Pas keluar daripada gabungan pembangkang kerana matlamat perjuangan sudah berlainan.

Dap menjadi bertambah bongkak dan sombong dengan sikap rasis kecinaannya setelah berjaya meraih majoriti undi kaum itu pada pilihan raya lalu.

PKR pula masih dalam dilema sama ada mahu terus menjadi parti berbilang kaum atau bersuara sebagai parti yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu di negara ini.

Keadaan ini meletakkan Pas dalam keadaan serba salah kerana setelah mengorbankan prinsip perjuangan untuk menegakkan Negara Islam, dua rakan sekutunya itu nampaknayn tidak langsung dilihat mempertahankan Islam dalam isu kalimah Allah.

Pas seolah-olahnya keseorangan dalam menyatakan pendirian menyokong keputusan mahkamah manakala Anwar Ibrahim dari PKR terus membisu.

Dap pula terus menonjolkan sikap permusuhan tebalnya terhadap Islam di negara ini selari dengan prinsip perjuangannya untuk menghapuskan ketuanan Melayu.

Tidak ada gunanya bagi Pas untuk terus tidur sebantal dengan PKR dan Dap kerana lambat laun, parti itu akan dilayan seperti anak tiri atau merasa dirinya seperti melukut di tepi gantang.

Sikap Pas mahu isu kalimah Allah dipertahankan habis-habisan haruslah dipuji di atas keberanian parti itu melawan arus perdana di dalam pakatan pembangkang.

Pas akan terus dihormati sebagai sebuah parti memperjuangkan prinsip serta nilai Islam sejagat jika ia juga berani mempersoalkan sikap Dap dan PKR yang dingin terhadap hak-hak orang Islam di negara ini.

Pakatan pembangkang dijangka tidak dapat bertahan lama untuk kekal sebagai kuasa oposisi yang kental di persada politik negara disebabkan sikapnya yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Adalah lebih baik Pas keluar segera daripada tahalus siyyasah bersama-sama puak yang menyokong kemungkaran ini.

Jika tidak Pas sendiri akan membayar harga politik yang mahal kerana menyokong satu gagasan politik yang merugikan agama, bangsa dan negara.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan