30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Pembangkang Gelisah Dengan Iklan ‘Janji Ditepati’ @NajibRazak

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah. Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘janji ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan.

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut.

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya. Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan. Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri.

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah.

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN.

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan. Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata. Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih. Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan.

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam. Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka. Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?






Berita Berkaitan

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan