25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Pembangkang keluar Dewan aibkan Parlimen – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan pembangkang keluar dewan sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan sebagai mengaibkan institusi Parlimen.

Perdana Menteri berkata, proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sewajarnya dihormati melangkaui sempadan perbezaan pegangan politik dan ideologi.

“Kita mesti hormat proses demokrasi dan segala nilai yang bersangkut paut dengannya. Ini penting kerana di negara maju pun mereka boleh berbeza pendapat tapi mereka tidak berkelakuan sedemikian.

“Ini juga mengaibkan imej Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas selesai membentangkan Bajet 2017, di sini, petang tadi.

Terdahulu, hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai membantah Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri.

Tindakan keluar Dewan Rakyat itu tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mahu rakyat mengadili tingkah laku pembangkang yang secara sengaja cuba mencemarkan kedaulatan sistem demokrasi dan Parlimen.

“Saya ingat yang penting sekali rakyat mesti nilai perangai mereka dan buat keputusan bila sampai masanya.

“Kita mesti menghormati orang walaupun berbeza pendapat dan ideologi, selain bersopan dengan menunjukkan tingkah laku mulia.

“Kita selaku pemimpin tidak kira pembangkang atau kerajaan mesti cerminkan tingkah laku baik supaya dihormati rakyat. Itu memang perangailah tu, hodoh…,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

  1. BERUK2 DAH HILANG AKAL hahahahaha
    “Tindakan MP Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika sesi pembentangan #Bajet2017 petang tadi disifatkan sebagai biadap dan langsung tidak hormati aturan mesyurat, kalau tak puas hati tunggu waktu perbahasan, bukan buat perangai biadap seperti itu, sepanjang 21 tahun saya jadi ahli Parlimen, ini pertama kali dalam sejarah MP langsung tidak menghormati dewan” – Tan Sri Noh Omar #TSNO #RespectMyPM

    • mmg dh nk mampos dh parlimen pokok sena tuh. tanya lah org pokok sena depa lg kenai lebai sudin drp mahmpus omaq ni. menang pos atas jenama bulan saja. patut pas pecat saja si mahmpus omaq ni biaq dia bertanding atas jenama tok sami pulak..

    • Nasib baik speker suruh keluar…. Dy org keluar.
      Kalau suruh buka seluar.. .dy org pun buka seluar. ..gak kut…. Otak ada pakai bro harun… Hamlau… .betoi….

    • Tak Dan pulak orang suruh sebodoh itu. Tak tahu lah akal awak Saharudin And Rashid sampai tahap tu. Suruh keluar nie perkara biasa Dan saya percaya awak pun dengar arahan Speaker kecuali lah awak ni ada masalah pendengaran

    • Harun Abu Bakar manusia diberi akal.. Untuk berfikir.. Menjadi yb lagi la bijak.. Kalau speker suruh keluar dewan.. Bermakna yb pembangkang tak bijak la… Jd kalau yb nya tak bijak penyokong nya tentu la bodoh.. Speker bkn suka2 suruh yb2 tu keluar mesti ada sebab.. Sy harap en harun jng lah tergolong dlm yg bodoh tu.. Malu aaii.. ..hamlau..
      Betoi….

  2. salah najib juga suruh bentang bajet tapi lebih kepada memperli orang, menyindir orang sepatutnya najib tumpukan pembentangan bajet barulah diorang semua dengar. ini tidak melebih2kan benda lain dari bajet..bwengong punya orang

  3. pembangkang x profesional langsung bila sampai bab ni. langsung xde adab sopan santun. Tngk sendiri dan nilai sendiri perangai dorang. mcm ni nk perintah negara.

  4. Wakil Rakyat yg keluar Dewan kelmarin sebenarnya mengaibkan diri sendiri dgn mempamirkan sikap peribadi, keanak2an – tidak mewakili kepentingan pengundi serta gagal utk melunaskan amanah penyokong2 mereka.
    Mungkin telinga depa pedas mendengar pencapaian2 Kerajaaan walaupun setelah bertubi2 depa cuba mengagalkan agenda Kerajaan dgn pelbagai tohmahan, fitnah serta ramalan yg diviralkan.
    Siapa makan cili depa yg terasa pedasnya.
    Tak masuk langsung ke Parlimen lagi tak pe…kehadhiran &sikap mereka hanya mencemarkan kemuliaan Institusi berkenaan.

  5. Mahfuz dia lalang, kekiri boleh kekanan boleh kedepan boleh,, kalu kapasiti peribadi jgn jadi mp, letak jawatan, yg ada dlm parlimen semua diundi oleh pengundi bagi mewakili mereka, bkn saja2 duduk dlm parlimen atas kapasiti peribadi. Mahfuz mahfis bodoh.

  6. Parlimen harus ujutkan ketetapan mana2 ahli dewan keluar dari dewan tanpa arahan speaker HILANG KELAYAKAN sebagai YB dan tidak dibenarkan bertanding selama 2 penggal.

  7. Apa yg di buat oleh Najib betul, didalam parlimen semasa pembentangan semua kena dengar kemudian selepas itu ada sessi perbahasan joka ada yg tk setuju boleh bahas. Pertanyaan dn persoalan dibenarkan dlm parlimen semasa pembentangan, cuma jgn kluar dewan.

    • sesi pembentangan tidak dibenarkan sebarang soalan atau perbahasan kerana ianya dibenarkan di dalam sesi perbahasan sahaja…. pembentangan bajet hanya khas kepada menteri yang membentangkan bajet sahaja.

  8. Saat mata mata melihat pembangkang berakhlak sedemikian rupa… Allah!!. Rasa nak terkam satu persatu. Coba duduk diam senyap dengar hingga selesai setiap apa yg PM nak sampaikan..TAKADA LANGSUNG TERTIB ADAB SOPAN HORMAT dlm dewan tu. Tak suka dengar dan Lihat!! lain kali jgn ikut serta tak perlu jadi wakil rakyat duduk dlm gua duduk dlm hutan.. terpekik pekau bersorak pun takada org ambil kisah Tapi yg kisah tu Beruk monyet dlm hutan bingit kerana mengganggu “KENTENTERAMAN ALAM”

  9. Hahahhahahahahuahahahahauahahahahahhahahahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahahahhahahahahhahahahahahha tak pa najib tetap najib…

  10. Mereka dah memalukan pm terlalu banyak kali, baru kena sindir dah tak terima…….dlm dunia ni tak ada org yg perfect kecuali kalau kita ingat kita terlalu pandai dan lengkap….cerminlah diri sendiri dulu…….

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.