Pembangkang keluar Dewan aibkan Parlimen – PM - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan pembangkang keluar dewan sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan sebagai mengaibkan institusi Parlimen.

Perdana Menteri berkata, proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sewajarnya dihormati melangkaui sempadan perbezaan pegangan politik dan ideologi.

“Kita mesti hormat proses demokrasi dan segala nilai yang bersangkut paut dengannya. Ini penting kerana di negara maju pun mereka boleh berbeza pendapat tapi mereka tidak berkelakuan sedemikian.

“Ini juga mengaibkan imej Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas selesai membentangkan Bajet 2017, di sini, petang tadi.

Terdahulu, hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai membantah Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri.

Tindakan keluar Dewan Rakyat itu tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mahu rakyat mengadili tingkah laku pembangkang yang secara sengaja cuba mencemarkan kedaulatan sistem demokrasi dan Parlimen.

“Saya ingat yang penting sekali rakyat mesti nilai perangai mereka dan buat keputusan bila sampai masanya.

“Kita mesti menghormati orang walaupun berbeza pendapat dan ideologi, selain bersopan dengan menunjukkan tingkah laku mulia.

“Kita selaku pemimpin tidak kira pembangkang atau kerajaan mesti cerminkan tingkah laku baik supaya dihormati rakyat. Itu memang perangailah tu, hodoh…,” katanya.

UTAMAPOLITIKPembangkang keluar Dewan aibkan Parlimen - PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium