Pembangkang penyebab aliran wang tunai 1MDB bermasalah, kata Najib - pakdin.my

1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak dapat beroperasi dalam keadaan baik disebabkan tindak tanduk pembangkang yang membuat dakwaan tidak berasas ke atas syarikat pelaburan strategik itu kerana mahu menjatuhkan kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata masalah mula timbul apabila usaha syarikat itu untuk menyenaraikan syarikat tenaga Edra Global Energy Berhad (EDRA) digagalkan oleh pihak berkenaan yang menjadikan 1MDB sebagai isu politik.

“Bila isu ini dipolitikkan dengan pelbagai tohmahan kononnya RM42 bilion hilang, jadi ERDA yang sepatutnya disenaraikan sebagai tawaran awam permulaan (IPO) serta dijangka mampu meraih antara RM18 hingga RM22 bilion daripada pasaran semasa senarai tidak dapat dilaksanakan.

“Maka timbullah masalah aliran tunai pada 1MDB,” katanya Jumaat.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog dengan Penasihat Kepada Perdana Menteri Untuk Program Transformasi Negara (NTP), Datuk Seri Idris Jala dalam majlis Pelancaran Laporan Tahunan NTP 2017 di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Najib mengulangi kenyataan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyimpulkan bahawa beliau bebas daripada salah laku atas dakwaan penyelewangan dalam 1MDB.

“Apabila isu itu ditimbulkan, saya arahkan 1MDB disiasat oleh PAC, Jabatan Audit Negara dan polis.

“Dalam PAC, ada wakil pembangkang seperti Tan Seng Giaw dan Tony Pua daripada DAP dan laporan itu disediakan dan dibentangkan. Ia juga dimuat naik ke internet. Ada 106 muka surat semuanya.

“Adakah di dalamnya mengatakan yang saya buat salah? Jawapannya tiada. Adakah wang yang datang dari Arab Saudi adalah wang 1MDB? Sudah tentu tidak,” kata beliau.


 

Lihat video:
https://youtu.be/_72_9S4mPlw


Rujukan:
https://pakdin.my/?s=tony+pua+arul+kanda

UTAMAEDITORIAL1MDBPembangkang penyebab aliran wang tunai 1MDB bermasalah, kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium