Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm

Malaysia

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm

Global

All countries
244,513,250
Confirmed
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
All countries
219,801,214
Recovered
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm
All countries
4,965,659
Deaths
Updated on October 25, 2021 18:33 6:33 pm

Pembangkang Sembunyikan Maklumat? #MH370

MH370-turn-gs

Seperti yang kita tahu, terdapat 26 negara semuanya yang terlibat dalam pencarian MH370. Biarpun Malaysia yang ‘menerajui’ misi pencarian namun setiap tindakan yang diambil pula berdasarkan nasihat dan pandangan pakar antarabangsa, terutamanya Amerika, Britain, Perancis dan Australia. Ini kerana Malaysia tidak punya kepakaran, jauh sekali pengalaman atau aset yang diperlukan untuk misi sehebat ini.

Dengan hakikat ini, tentulah mustahil bagi Malaysia untuk menyembunyikan apa-apa maklumat.

Dalam sejarah kemalangan udara, tidak pernah kita lihat bagaimana maklumat teknikal dibentangkan kepada umum secara terperinci sepertimana yang berlaku dalam MH370. Selalunya, hanya maklumat yang perlu diketahui awam sahaja yang akan didedahkan. Maklumat teknikal lain dikira sebagai tidak sesuai kerana melangkaui pemahaman orang ramai, kecuali yang berlatarbelakangkan bidang yang berkenaan.

Kerajaan Malaysia, bagaimanapun, mengambil langkah berkongsi setiap maklumat ini termasuk cara-cara penemuan disahkan oleh pihak penyiasat antarabangsa. Rajah-rajah teknikal disertakan di dalam media bagi memudahkan pemahaman orang ramai. Malah, sebelum ini juga kebolehan aset yang digunakan untuk misi pencarian turut dikongsi bersama dengan seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, segala ketelusan kerajaan ini tidak dihargai oleh sesetengah pihak. Mereka masih lagi menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat. Apabila dijelaskan bahawa tiada apa yang disembunyikan dan kesukaran yang dihadapi dalam kes kehilangan MH370, mereka tetap juga bertegas bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat.

Kedegilan mereka untuk mempercayai bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mula membuatkan kita musykil akan kemungkinan mereka sebenarnya mengetahui sesuatu dan mengharapkan kerajaan mendedahkannya.

Namun, logiknya, kerajaan tidak akan mampu menyembunyikan apa-apa dengan 26 negara bekerjasama dan kepakaran pula bukanlah dimiliki oleh Malaysia.

Tanpa mencerna fakta ini, laungan ‘kerajaan menyembunyikan maklumat’ terus membingitkan telinga kita. Yakin benar mereka bahawa ada sesuatu yang tidak didedahkan.

Persoalannya, bagaimana mereka begitu yakin bahawa ada sesuatu yang belum didedahkan jika mereka tidak mengetahui apakah ‘sesuatu’ itu? Bagaimana kita boleh menuduh orang berahsia jika beliau merahsiakannya?

Kecualilah kita sememangnya telah tahu rahsia itu barulah kita boleh menuduh dengan yakin bahawa orang itu telah sengaja merahsiakan pengetahuannya dari kita, bukan begitu?

Justeru, hari ini penulis yakin bahawa mereka yang menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu ini sebenarnya mempunyai maklumat yang lebih lagi dari para penyiasat, tetapi telah sengaja menyembunyikan sekadar untuk menekan kerajaan.

Kerajaan tidak harus berdiam diri dengan membiarkan mereka terus menuduh, memfitnah dan memberi tekanan. Sebaliknya, kerajaan wajar mengambil tindakan, memaksa mereka mendedahkan apa sebenarnya yang mereka tahu yang kerajaan sendiri tidak tahu.

Tanyakan kepada mereka, kenapa mereka begitu yakin adanya rahsia, sedangkan kerajaan tidak merahsiakan apa-apa?

Jika mereka enggan mendedahkan apakah rahsia itu, dakwa saja mereka kerana memfitnah, menghasut atau menghalang siasatan dengan enggan mendedahkan maklumat kepada kerajaan.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021