Pembangkang sudah bersedia hilang Anwar sebagai ketua? - pakdin.my

anwar-penjara

Suara mempertikai hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan larangan menghadiri sidang Dewan Rakyat, hampir tidak kedengaran lagi pada sesi Parlimen, Isnin.

Bahkan, tidak ramai ahli-ahli parlimen pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan bajet tambahan oleh kerajaan, hari ini.

Hanya beberapa ahli parlimen pembangkang membahaskannya dan ketika penggulungan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk  Chua Tee Yong langsung tiada pencelahan oleh mereka.

Melihat persidangan pada Isnin yang lebih dikuasai ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN), timbul persoalan apa sudah jadi dengan pembangkang yang sebelum ini kerap bikin kecoh di Dewan Rakyat.

Berdasarkan suasana dewan hari ini, mungkin sikap sepi ahli-ahli parlimen pembangkang ada kaitan dengan keputusan Lembaga Pengampunan yang dikatakan sudah melupuskan petisyen keluarga Anwar supaya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendapat perkenan pengampunan daripada yang di Pertuan Agong.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh minggu lalu mendedahkan bahawa Lembaga Pengampunan melupuskan petisyen yang difailkan oleh keluarga Anwar.

Keputusan Lembaga Pengampunan itu dikatana sudah diberikan kepada keluarga Anwar dalam bentuk afidavit.

Peguamnya kini masih menunggu pengesahan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung keputusan tersebut.

Ia hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Rabu depan, kata seorang daripada peguam Anwar, N. Surendran.

Keluarga Anwar pada 24 Februari lalu memfailkan petisyen berkenaan selepas Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara pada 10 Februari kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan, 7 tahun lalu.

Keputusan Lembaga Pengampunan itu bakal menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang.

Maka tidak hairanlah, sejak maklumat itu didedahkan Jumaat lalu, pemimpin pembangkang seakan hilang ‘mood’ di Parlimen, hari ini.

Fokus kini tentunya pada keputusan Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas pada Rabu.

Jika sahih petisyen berkenaan dilupuskan, Anwar sudah hilang ruang mengemukakan petisyen yang hanya boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh beliau dijatuhkan hukuman.

Walaupun Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali hari ini menyatakan, PKR akan mencari jalan lain bagi membolehkan Anwar diberikan pengampunan, amat sukar untuk mengatakan bahawa masih ada ruang buat Ketua Pembangkang itu.

Tumpuan pembangkang kini tentulah kepada untuk memilih siapakah pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang selepas beliau hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

Melihat sengketa dalam pembangkang, PAS tentu tidak diberikan ruang mengisi jawatan itu, apatah lagi dengan kedudukan hanya 20 kerusi parlimen.

Dikalangan PKR pula, parti itu tidak ada tokoh yang sesuai melainkan Azmin.

Bagaimanapun, dengan kekangan tugas sebagai Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Gombak itu tentu tidak akan dibentangkan karpet merah oleh DAP untuk mengambil alih tugas Anwar.

Tentu hanya DAP yang mempounyai peluang besar mengisi semula jawatan Ketua Pembangkang tambahan pula, parti itu menguasai kerusi parlimen melebihi PKR dan PAS.

PKR dan PAS tentu tidak ada sebab untuk membenarkan jika DAP mahu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang.

Walaupun, ia nampak mudah tetapi sedikit sebanyak isu kehilangan Anwar dan rsiapa penggantinya menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang bagai hilang semangat di Dewan Rakyat – sekurang-kurangnya minggu ini, sehingga pengganti Anwar dipilih.

UTAMAPOLITIKPembangkang sudah bersedia hilang Anwar sebagai ketua?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium