31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Pembangkang Tawan Johor – Muhyiddin Mimpi Di Siang Hari

20161010-muhyiddin-silap-anggapPelik juga dengan dua individu dari parti paling muda dalam Barisan Rakyat @ Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanyi lagu kekalahan Bersatu di Manjung, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebaliknya mendendangkan lagu kemenangan parti berkenaan.

Tun Mahathir boleh dikira agak realistik sedikit apabila menyedari Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat tidak akan kemana jika mereka tidak membantu satu sama lain dalam kempen pilihan raya dan masing masing tertumpu kepada kempen parti sendiri.

Beliau menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh dengan menyatakan walaupun BN ada 14 parti namun apabila bertanding mereka berada di bawah satu bendera, tanpa terlihat dari bendera parti mana yang diwakili.

Lain pulak dengan Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat. Mereka akan menumpukan kepada kawasan yang mereka ingin bertanding dengan peluang untuk menang amat sukar, itu kata Tun Mahathir.

Berbanding dengan Muhyiddin, perkirannya amat mudah di Johor. Pada hematnya, jika pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu pembangkang menang hampir 18 kerusi di Johor, maka tambah sahaja 10 atau lebih kerusi maka Pembangkang dikira sudah dapat tawan Johor.

Nada Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO dan BN hanya tidur di Johor. Ini `simple mathematic’ oleh Muhyiddin. Ia umpama 2 + 2 jadi 4.

Muhyiddin langsung tidak mengambil kira bahawa kerusi yang sudah ditawan boleh kalah juga dan kerusi yang belum lagi menang, belum tentu akan menang.

Kita juga boleh mengambil perkiraan terkini, dimana ketika dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung, kebencian memuncak terhadap GST dan 1MDB paling maksimum dan serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan menjadikan GST sebagai penyebab kenaikan harga barang secara mendadak.

Namun rakyat masih memberi undi kepada Barisan Nasional. Sebenarnya, tiada siapa boleh meramalkan secara tepat apa yang akan dipilih rakyat.

Berdasarkan perkiraan Muhyiddin mengenai `kemenangan’ pembangkang di Johor, beliau terlupa akan kedudukan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Tiada siapa boleh meramalkan PAS akan berdiri di pihak mana pada PRU14 kelak.

Jika diambil kira dengan kenyataan Tan Sri Anuar Musa baru baru ini, akan ada kejutan pada Barisan Nasional pada PRU14, maka tentu sekali BN sudah ada perancangan sendiri. Sudah tentu Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat tidak akan mendapat `easy ride’.

Tambahan lagi, jika PAS enggan menyertai Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat, maka jangkaannya pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Paling menonjol dalam masalah Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat adalah sikap tidak puas hati mengakibatkan berlaku rebutan kawasan dan pembahagian kerusi.

Muhyiddin juga terlupa apakah PKR akan begitu mudah untuk menyerahkan kerusinya kepada Bersatu. Bagaimana pula PAN? Adakah ia juga akan menyerahkan kepada DAP untuk menentukan kerusi mana dia layak bertanding?

Dan Ketika Muhyiddin bercakap, mungkin beliau terlupa partinya belum ada apa-apa kerusi pun selain kerusi `haram’ yang dimenanginya atas tiket UMNO.

Mungkin apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin hanya sekadar menyedapkan hati yang gundah kerana apa yang dirancang tidak menjadi.

Pada perkiraan awal pihak Tun Mahathir, ramai ahli UMNO terutama Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan akan melompat kepada Bersatu apabila ditubuhkan, namun sangkaan itu meleset sama sekali.

Apa yang agak memalukan adalah apabila Muhyiddin bercakap, dia seolah-olah mewakili parti paling banyak kerusi dalam komponen Barisan Rakyat.

Muhyiddin terlupa perang besar sesama komponennya bakal terjadi. Perebutan kerusi antara satu sama lain akan terjadi dengan amat sengit. Akibatnya wang yang banyak akan dikeluarkan untuk tawar menawar supaya pihak yang kena undur diberi ganti rugi setimpalnya.

Selain itu pertandingan tiga atau empat penjuru bakal terjadi tanpa dapat dihalang bagi mereka yang tidak puas hati.

Maka nyata sekali, pelbagai perkara boleh terjadi. Justeru kenyataan Pakatan rakyat atau Barisan Rakyat bahawa ia akan menawan Johor berkemungkinan hanya ilusi Muhyiddin atau pun hanya mimpi di siang hari.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...