Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Global

All countries
246,000,106
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
All countries
221,200,616
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
All countries
4,992,068
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Pembangunan Fizikal Harus Diseimbangkan Dengan Pembangunan Rohani – Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah kesejahteraan yang dikecapi negara ini akan berterusan sekiranya pembangunan fizikal sentiasa diseimbangkan dengan pembangunan rohani.

Titah baginda walaupun pembangunan fizikal penting memandangkan ia satu keperluan untuk pencapaian ekonomi yang lebih baik, namun pembangunan rohani yang menzahirkan rakyat yang tahan uji, berdisiplin dan bermoral adalah juga sama penting.

” Justeru itu, rakyat sewajarnya mempunyai semangat jati diri tinggi bagi memantapkan lagi ekonomi negara,” titah baginda pada majlis santapan DiRaja di Istana Alam Shah di sini, Rabu malam sempena lawatan rasmi tiga hari baginda ke Selangor.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Baginda bertitah bagi menjamin Malaysia dapat meneruskan agenda pembangunannya, rakyat perlu menjana perpaduan, keharmonian dan kestabilan ke tahap lebih baik.

“Jika tidak ada kestabilan dan keharmonian, kemudaratan akan dirasai oleh kita semua baik muda ataupun tua tanpa membezakan keturunan atau agama,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong bertitah pembangunan pesat di Selangor adalah hasil pembangunan yang dirancang dengan teliti dan teratur sejak negara mencapai kemerdekaan.

Pengalaman kerajaan Selangor, yang antara lain mengatasi kemiskinan di negeri itu harus diteladani negeri lain bagi mencapai kejayaan pesat, titah baginda.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021