31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

‘Pembantu kepada Menteri’ minta 30 peratus peruntukan sebagai ‘komisen’

Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.

PIhak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.

Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.

MUAR: Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.

Sinchew Daily melaporkan, seorang wakil rakyat di Muar, Johor telah menyediakan peruntukan kepada SRJKC untuk tujuan pembelian peralatan, tetapi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pembantunya meminta untuk diberikan 30 peratus daripada peruntukan asal sebagai ‘komisen’ dan ‘rebat’.

PIhak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.

Walau bagaimanapun, pendedahan pihak sekolah mengundang reaksi daripada lembaga-lembaga pengurusan sekolah yang kesal bahawa amalan penyelewengan kerajaan terdahulu masih berterusan.

Difahamkan, kejadian melibatkan beberapa buah SRJKC dan juga sebuah sekolah menengah itu telah mengundang rasa tidak puas hati lembaga pengurusan dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SRJKC Muar, Chen Da Cheng mengesahkan perkara itu kepada Sinchew Daily.

Katanya, isu berkenaan sudah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.

“Lembaga pengurusan sekolah mengadu bahawa peruntukan untuk tujuan pembelian peralatan dikenakan potongan ‘komisen’ 30 peratus. Keadaan seperti ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Menurut sumber, sesetengah sekolah memilih berdiam diri dan sudah menerima peralatan yang dijanjikan.

Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.

Permintaan ketua PIBG untuk menerima peruntukan penuh RM20,000 dalam bentuk tunai supaya pihak sekolah membeli sendiri peralatan yang diperlukan juga ditolak lelaki tersebut yang mahu peruntukan diberi dalam bentuk peralatan.

Sumber: Malaysia Gazette

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan