Pembantu Peribadi Anggota Parlimen Kapar Ditemui Mati Dibunuh - pakdin.my


++++

Gambar hiasan
Gambar hiasan

SHAH ALAM  — Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini Selasa.

K S Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

“Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan,” katanya.

Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan.

UTAMABERITAPembantu Peribadi Anggota Parlimen Kapar Ditemui Mati Dibunuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium