Pembayaran RM300 buat veteran ATM sumbangan Agong bermula hari ini - pakdin.my

Sumbangan yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjumlah RM1.8 juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan diagihkan oleh Kementerian Pertahanan kepada 6,000 veteran ATM mulai hari ini.

Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan itu kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 26 Jun lalu.

“Majlis penyerahan sumbangan ini dirancang berlangsung pada 6 Oktober lalu, melibatkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama 100 veteran ATM dan balu dalam kategori B40 sebagai simbolik penyerahan sumbangan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan ekoran wabak Covid-19,” kata JHEV ATM dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumbangan berjumlah RM300 seorang disalurkan ke akaun bank semua veteran terlibat.

JHEV ATM turut akan membuat pembayaran kepada pemohon baru Veteran dalam kategori B40 membabitkan 630 orang berjumlah RM192,000 yang melibatkan penggunaan dana Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM sebanyak RM162,000 dan dana Kempen Tabung Pahlawan berjumlah RM30,000.

Implikasi kewangan keseluruhan pembayaran ini akan melibatkan RM1,989,000 yang akan dimanfaatkan 6,630 veteran ATM kategori B40 dan keluarga.

Inisiatif ini juga melambangkan keprihatinan kementerian dalam usaha meringankan beban sara hidup bagi Veteran ATM B40 yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

UTAMABERITAPembayaran RM300 buat veteran ATM sumbangan Agong bermula hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium