Pembelian EHP satu padanan strategik untuk FGV

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

Eagle High Plantation FGV

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menyifatkan cadangan pembelian simpanan tanah Eagle High Plantation (EHP) yang juga gabungan simpanan tanah terbesar daripada vendor tunggal, adalah satu padanan strategik yang tiada tandingannya untuk kumpulan itu.

Malah, FGV dalam satu kenyataan berkata, ia sudah lama meninjau ladang-ladang di luar Malaysia termasuk Afrika, Myanmar dan Indonesia.

Pegangan 37 peratus menerusi pembelian itu turut menjadikan FGV pemegang saham terbesar dalam EHP, sekali gus memberikannya kawalan polisi dan wakil dalam Lembaga Pengarah EHP.

“Kami dengan sukacitanya membenarkan pasukan tempatan meneruskan operasi dengan input kami kerana adanya kesinambungan dan kepakaran dengan pasukan tempatan,” katanya.

FGV menegaskan, penting untuk menghapuskan persepsi bahawa urus niaga di Indonesia sepatutnya pada harga lebih rendah berbanding di Malaysia berikutan jenis tempoh pegangan tanah (bebas berbanding pajakan).

“Elemen penelitian utama dalam pemilihan kami adalah berdasarkan nilai ekonomi tanah itu. Ladang-ladang di Indonesia mempunyai hasil lebih tinggi berbanding ladang di Malaysia kerana kitaran tanah sana (Indonesia) bagi penanaman semula adalah kurang berbanding di sini,” katanya.

Mengikut FGV, dalam analisis akhirnya, ia adalah urus niaga komersial semata-mata yang bertujuan menghasilkan ‘gergasi’ sawit ASEAN, pengubah ‘permainan’ global dengan manfaat jelas bagi kedua-dua negara serta syarikat.

“Sindiran politik serta rujukan kepada syarikat kaitan kerajaan lain serta hubungan peribadi adalah tidak perlu kerana hasil daripada urus niaga ini adalah akan menjadi pengubah bagi industri minyak sawit di peringkat global,” katanya.

Ini turut melancarkan lagi perjalanan FGV bagi mencapai matlamatnya yang digariskan dalam pelan transformasi lima tahun yang dipacu tiga teras iaitu peningkatan hasil, pengoptimuman kos dan kecemerlangan operasi.

BACA juga:

Leave a Reply