25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Pembinaan Jambatan Gantung Kg Baru Gurney, Hulu Yam – ‘Mana pergi bajet RM60,000?’

Penduduk kampung melihat keadaan Jambatan Gantung Kampung Baru Gurney yang didakwa condong selepas dibaiki pulih.
Penduduk kampung melihat keadaan Jambatan Gantung Kampung Baru Gurney yang didakwa condong selepas dibaiki pulih.

HULU YAM – Penduduk Kampung Baru Gurney terus mempersoalkan penggunaan peruntukan RM60,000 yang didakwa untuk pembinaan jambatan gantung baru di kampung tersebut.

Penduduk, Ng Poh Heng berkata, mereka masih tertanya-tanya ke mana perginya peruntukan besar itu kerana bukan jambatan baru yang didirikan sebaliknya hanya jambatan sedia ada dibaik pulih.

“RM60,000 satu jumlah yang cukup besar tetapi kenapa hanya digunakan untuk tegakkan sebuah jambatan yang condong.

“Kalau kos menegakkan jambatan rasanya tidak sampai menelan kos sebanyak itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, penduduk masih menunggu sama ada akan dibina sebuah jambatan baru menggantikan jambatan gantung berusia lebih 60 tahun itu.

Katanya, jika tiada pembinaan jambatan baru maka sudah tentu sebahagian peruntukan tersebut ‘hilang’ ke tempat lain.

Poh Heng berkata, jambatan gantung itu mula condong pada awal Mei 2012 dan dibaik pulih pada September lalu sebelum kembali condong pada awal November lalu.

“Penduduk bimbang kerana struktur jambatan gantung itu sudah tidak kukuh akibat hakisan.

“Kedudukan tiangnya condong semula hanya selepas beberapa minggu dibaiki,” katanya.

Poh Heng berkata, penduduk mahukan penjelasan dan mengharapkan pembinaan jambatan lebih kukuh.

Jambatan Gantung Kampung Baru Gurney antara dua daripada lima jambatan di sepanjang Sungai Liam yang terjejas akibat hakisan berikutan peningkatan taburan hujan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, jambatan tersebut mendapat perhatian Exco Kerajaan Negeri yang menyalurkan peruntukan membaik pulih jambatan.

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

..