Pembinaan Jambatan Kedua P. Pinang Siap 84% - pakdin.my

Gambar daripada udara menunjukkan jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan.

GEORGE TOWN: Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang kini berada dihadapan daripada jadual asal apabila ia telah siap hampir 84 peratus daripada keseluruhan projek.

Pengarah Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd, Hamizol Ngah berkata kerja pembinaan berada 2 peratus dihadapan sejak 20 September lalu.

“Kami berada dua bulan dihadapan daripada jangkaan yang ditetapkan pada September 2013.

“Kami menyasarkan jambatan ini dapat disiapkan sehingga 90 peratus pada penghujung tahun ini,” katanya pada sesi taklimat kepada wakil kerajaan negeri di pejabat China Harbour Engeering Co Ltd (M) Sdn Bhd (CHEC) di Batu Maung.

Lakaran artis menunjukkan suasana waktu malam jambatan kedua Pulau Pinang.

Hamizol berkata kerja-kerja pembinaan berjalan seperti yang dirancang dengan dua penghujung jambatan akan bersambung dengan navigasi utama pelantar pada awal April tahun depan.

Jambatan sepanjang 24kilometer itu bakal menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Hamizol berkata jambatan berkenaan mempunyai jangka hayat melebihi 120 tahun dan mampu menahan gegaran gempa bumi sekuat 7.5 skala ritcher kerana ia menggunakan sistem ‘Bearing Getah Redaman Tinggi’

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Negeri, Lim Hock Seng yang turut hadir pada taklimat itu berkata, dua projek penyuraian trafik dari pulau berkenaan ke hujung jambatan itu akan dimulakan pada tahun depan.

“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM262 juta untuk menaiktaraf jalan pesisir pantai (Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu) daripada pintu masuk jambatan kedua hingga pintu masuk jambatan pertama Pulau Pinang.

Jambatan Kedua Pulau Pinang dapat dilihat dengan jelas selepas keadaan jerebu di Indonesia pulih sepenuhnya Ogos lalu.

“Selain itu, sebanyak RM161 juta telah diperuntukkan untuk menaiktaraf jalan menghala ke selatan dari Teluk Kumbar menghala ke Persimpangan Batu Maung,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh setahun selepas jambatan kedua dibuka kepada trafik pada September tahun depan.

“Kami jangka kira-kira 30 peratus daripada pengguna trafik di jambatan pertama (7,000 kenderaan sehari) akan beralih dan menggunakan jambatan kedua, jadi kami jangka kesesakan trafik akan dapat dikurangkan sehingga dua projek menaiktaraf ini siap sepenuhnya,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri telah dimaklumkan CHEC, yang merupakan salah satu kontraktor bagi jambatan kedua, tidak terlibat dalam pembinaan Jambatan Harbin Yangmingtan yang runtuh di China pada 24 Ogos lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta sebuah pasukan petugas audit keselamatan menyiasat pembinaan jambatan kedua selepas tersebarnya spekulasi China Communications and Construction Company Ltd didakwa merupakan syarikat induk CHEC, yang merupakan kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan di wilayah Heilongjiang.

UTAMAPOLITIKPembinaan Jambatan Kedua P. Pinang Siap 84%

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium