26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 23, 2021

Pembunuhan Altantuya: Buat Suruhanjaya Diraja siasat SD Azilah

Elok buat Suruhanjaya Di Raja siasat SD Azilah tersebut. Rakyat sudah tidak percaya semua siasatan merepek ini.

Mustahil Najib Razak suruh kamu bunuh orang hanya bagi RM300.

Dulu siap bersumpah dalam mahkamah cerita lain, hari ini bersumpah dalam surat cerita lain pula. Manusia ini hidup mempermainkan Allah saja.

Jika Najib Razak salah semoga beliau mendapat pembalasan setimpal.

Jika Azilah menipu semoga Allah balas segera juga kepada dia.

Sementara itu mencari kebenaran harus dilakukan secara terbuka, telus dan tertib bukannya melalui serangan perwatakan (character assassination) mengikut kepentingan politik.

Ini hanya boleh dilakukan melalui Suruhanjaya Di Raja dengan memanggil saksi-saksi yang disebut Azilah.

Oleh Ab Jalil Backer

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.