30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Pembunuhan Jong-nam: Dua Suspek Wanita Tahu Mengenai Cecair Beracun – Khalid

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua suspek wanita yang menyerang Kim Jong-nam mengetahui kain yang ditekap pada muka mangsa mengandungi cecair beracun.

“Ya sudah tentu mereka mengetahui mengenai cecair tersebut. Anda dapat lihat dalam video (lapangan terbang) mereka terus ke tandas untuk mencuci tangan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, Rabu.

Malah, Khalid berkata berdasarkan siasatan polis, kedua-dua wanita itu turut dilihat berlatih melakukan adegan tersebut di pusat membeli belah KLCC dan Pavillion sebelum bertindak menyerang mangsa.

“Jadi kita percaya ia satu jenayah yang sudah dirancang dan kedua-dua suspek ini dilatih untuk melakukan serangan tersebut,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa kedua-dua suspek terlibat dalam penggambaran filem.

“Ia bukan penggambaran filem. Mereka sudah tahu apa yang mereka buat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cara kedua-dua wanita itu menyerang Jong-nam, Khalid berkata, mereka melakukannya tanpa memakai sarung tangan

“Mereka lakukan dengan tangan. Suspek warga Indonesia lalukan serangan pertama kemudian disusuli wanita warga Vietnam.

“Dua wanita itu dipercayai dilatih untuk melakukan serangan, manakala suspek keempat memberikan cecair untuk disembur ke muka suspek,” katanya.

Diminta mengulas mengenai jenis cecair yang digunakan, Khalid berkata, Bukit Aman masih lagi menunggu laporan pasukan forensik.

“Kita tak tahu bahan kimia yang digunakan. Kita masih lagi menunggu laporan makmal,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata, polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas tiga suspek iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah; wanita Vietnam, Doan Thi Huong dan suspek keempat, Ri Jong Chol.

“Belum lagi (jumpa bukti) kita masih siasat. Kita akan sambung reman tujuh hari lagi. Kalau tak ada bukti (mereka) boleh dibebaskan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, suspek ketiga yang juga teman lelaki Siti Aisyah telah dibebaskan pada Rabu dengan jaminan polis.

Jong-nam yang juga abang tiri pemimpim Korea Utara, Kim Jong-un berada di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

20170221-pembunuhan-jong-nam-suspek-tahu-cecair-beracun

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...