30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Pemecatan Hamidah Bukan Sesuatu Yang Mengejutkan

hamidah-osman-pecat

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad berkata pemecatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman daripada parti bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Beliau berkata ini kerana laporan pelanggaran disiplin parti oleh Hamidah telah dikemukakan oleh UMNO Bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti.

“Sudah tentu MT (Majlis Tertinggi UMNO) memperakukan syor Lembaga Disiplin berasaskan bukti-bukti yang kukuh.

“Setahu saya Lembaga Disiplin tidak membuat keputusan berasaskan ‘dengar cakap’ semata-mata. Biasanya tertuduh dipanggil untuk membela diri,” katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata keputusan yang dibuat MT adalah tepat.

Mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti hari ini membuat keputusan memecat Hamidah daripada parti.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan