31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Pemilihan Calon Boleh Menang Dalam Pilihan Raya Akan Timbul Masalah – Dr Mahathir

Pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat akar umbi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin.

Beliau berkata calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penasihat dalam menentukan calon yang akan bertanding.

Namun begitu, beliau berkata penilaian dan pandangan tersebut kemungkinan bercanggah dengan kehendak anggota parti dan menimbulkan masalah ‘mencantas calon’ dalam pilihan raya.

“Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya. “Sehubungan itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan raya,” katanya dalam sesi rakaman rancangan Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Tiga orang panel ialah Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dan Pensyarah Universiti Malaysia (Unimas), Dr Jeniri Amir.

Hadir sama ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.

Dr Mahathir berkata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi.


“Jesteru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat,” katanya.

Apabila ditanya masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya, Dr Mahathir berkata ‘lewat sikit pun tidak apa”.

“Ini boleh memberi masa kepada Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus menjadi calon,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata tindakan sesetengah pihak yang berniat jahat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana tidak mahu mengiktiraf perjuangan UMNO.

“Mereka memburukkan Tuanku Abdul Rahman dengan mendakwa beliau bukanlah seorang pejuang, sebaliknya menaikkan imej Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

“Ini hanya tujuan mereka untuk meraih sokongan dalam politik,” katanya.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...