Pemilihan PKR: 12 Cabang dibatalkan, peti undi dibawa lari di Selangor - pakdin.my

PEMILIHAN-PKR-KUALA-LANGAT-KECOH

Pemilihan pimpinan di sembilan Cabang PKR di Selangor dilaporkan terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan termasuk sabotaj dan tidak telus.

Cabang-cabang yang dibatalkan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar dan Selayang.

Sebelum ini Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz memaklumkan sembilan Cabang dibatalkan di laman mikro Twitter

Terdapat dakwaan mengatakan di Cabang PKR Selayang berlaku kekecohan ekoran kejadian peti undi dilarikan ketika proses pengundian sedang berlangsung.

PKR sebelum ini menggantung pemilihan di 17 Cabang ekoran masalah yang berlaku ketika proses pemilihan dijalankan.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Johari Abdul akan mendedahkan butiran mengenai jumlah cabang yang digantung dan sebabnya petang ini.

 

 


UTAMAPOLITIKPemilihan PKR: 12 Cabang dibatalkan, peti undi dibawa lari di Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium