Pemilihan PKR: Azmin Pertahan Kerusi Timbalan Presiden - pakdin.my

azmin-wanazizah

Setelah beberapa bulan dengan  pelbagai masalah, akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali siumumkan berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu kali ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, pada Khamis.

Azmin disahkan memenangi jawatan nombor dua itu selepas memperoleh 22,562 undi, menewaskan pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan 10,743 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mengekalkan jawatan yang disandang.

Nurul Izzah mendapat 29,712 undi manakala Tian Chua dengan 22, 324 undi.

Dua muka baru bagi jawatan naib presiden ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memperoleh 19,839 manakala Rafizi dengan 18,887 undi.

Bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Latheefa Beebi Koya mendahului 20 senarai yang dilantik mengisi jawatan tersebut selepas memenangi 23,163 undi.

Selain Latheefa, 19 lagi yang terpilih adalah Hee Loy Sian, Christina Liew, Fariz Musa, Elizabeth Wong, Keat Peng, Ali Biju, Dr Yaakob Sapari, Shuhaimi Shafei dan S. Manikavasagam, Azmizam Zaman Huri,Siti Aishah Shaik Ismail, Abdul Yunus Jamahri, William Zakaria, Zakaria Abdul Hamid, Dr Roland Chia Ming Shen, Khalid Jaafar, G. Manivanan, M. Ravi, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Gooi Hsiao Lung.

Terdahulu, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR.

Keputusan rasmi bagi pemilihan PKR sejak Mac lalu diumumkan pada Khamis selepas ditangguhkan beberapa kali.

UTAMAPOLITIKPemilihan PKR: Azmin Pertahan Kerusi Timbalan Presiden

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium