26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Pemilihan PKR Lemah, Tak Sempurna – Wan Azizah

PEMILIHAN-PKR-KUALA-LANGAT-KECOH

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui wujud kelemahan dalam sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga mencetuskan pelbagai insiden kekecohan termasuk cubaan melarikan peti undi.

Malah, Presiden PKR itu sedar sistem yang digunapakai tidak sempurna dan perlu diperbaiki pada masa akan datang.

“Memang ada kelemahan, dan saya fikir banyak yang kami perlu lakukan.

“Ia bukanlah sistem yang sempurna. Kita akan cari jalan untuk perbaiki,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di sini, Rabu.

Pendirian Wan Azizah itu bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul sebelum ini yang mempertahankan sistem pemilihan sedia ada dan menyifatkan ia merupakan proses yang terbaik pernah dilakukan parti itu.

Sehingga kini PKR sudah memecat lima ahli dan menggantung 18 anggotanya atas pelbagai kesalahan, termasuk mensabotaj pimilihan parti hingga mencetuskan kekecohan di beberapa cabang di seluruh negara.


Malah, PKR juga membatal dan menangguhkan proses pilihan melibatkan 35 cabangnya kerana gagal menguruskan pemilihan dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Disiplin PKR menggantung keahlian Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’, Wan Azizah berkata ia membuktikan bahawa parti itu telus dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melanggar peraturan.

Ditanya sama ada PKR cuba ‘menutup mulut’ ahlinya dengan menyekat kebebasan bersuara, Wan Azizah berkata, tindakan Chegubard melampaui batas dan mencemarkan imej parti.

“Memang Chegubard buat banyak teguran. Tapi sesetengah daripadanya menjejaskan imej parti…itu sudah melanggar disiplin parti.

“Apabila anda langgar peraturan, anda perlu hadapi tindakan yang bakal dikenakan,” katanya.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...