26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Pemilihan PKR: Nik Nazmi Puji Pemuda Umno

Nik Nazmi menegaskan bahawa AMK memerlukan nafas baru dalam kepimpinannya agar komponen PKR itu terus menjadi pilihan generasi muda.
Nik Nazmi menegaskan bahawa AMK memerlukan nafas baru dalam kepimpinannya agar komponen PKR itu terus menjadi pilihan generasi muda.

SHAH ALAM: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad memuji gerak kerja Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam menjuarai isu golongan muda.

Menurut beliau AMK yang menjadi komponen penting diawal penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu kembali ke landasan asal terutama bagi melahirkan pemimpin pelapis untuk masa depan parti itu.

“Kalau disoroti kembali, hari ini kita tak seperti di awal zaman reformasi dahulu di mana pemuda PKR menjadi perintis kepada agenda politik pada waktu itu.

“Tapi hari ini, mahu tidak mahu…kita lihat Pemuda BN dan Pemuda Umno yang nampak lebih ke hadapan dalam beberapa isu,” katanya menerusi temubual eksklusif bersama mStar Online di sini, Khamis.

Pada pemilihan parti itu hujung bulan ini, Nik Nazmi berhadapan saingan tiga penjuru antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari dan Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Mengulas lanjut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menegaskan bahawa AMK memerlukan nafas baru dalam kepimpinannya agar komponen parti itu terus menjadi pilihan generasi muda.


“Kalau kita tidak berbuat apa-apa pada hari ini, mungkin dua atau tiga tahun lagi sokongan anak muda yang selama ini menjadi sandaran kepada kita…susah untuk kita dapatkan semula.

“Kita perlu bergerak ke hadapan, perlu lihat cabaran realiti semasa dan akan datang. Sebab itu kita perlukan nafas baru dalam AMK,” katanya.

Bagaimanapun Nik Nazmi tidak menyalahkan kepimpinan sedia ada malah memuji usaha penyandang Ketua AMK ketika ini, Shamsul Amin Mohd Akin untuk menaikkan semula AMK ke tahap yang lebih disegani.

“Pertamanya kita kena lihat konteks semasa, saudara Ezam (Mohamad Ezam Mohd Nor, Ketua AMK pertama) meninggalkan AMK dalam keadaan yang agak teruk. Saya sendiri bersama Shamsul ketika beliau mahu membina semula AMK.

“Saya tahu ia bukan tugas mudah. Jadi jika nak letakkan beban sepenuhnya kepada pimpinan sedia ada…bagi saya tidak adil,” katanya.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...