24.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Pemilihan PKR: Tidak Rasmi, Azmin Kuasai Kawasan Majoriti Bukan Melayu

azmin-khalid-saifuddin

Pemilihan pimpinan PKR sesi 2014 hingga 2017 yang bermula pada Jumaat lepas di negeri Pantai Timur dan Sarawak menyaksikan penyandang jawatan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali menguasai undi di cabang yang majoriti ahlinya bukan Melayu.

Sehingga Sabtu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail – yang dikatakan mendapat sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – jauh ketinggalan berbanding Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selepas proses undian ditutup pada Sabtu, Azmin dilaporkan telah mendapat 1,254 undi atau 69.21 peratus undi popular, Abdul Khalid mendapat 401 undi (22.13%) manakala Saifuddin memperolehi 151 undi (8.33%).

Keputusan ini merupakan Keputusan tidak rasmi selepas pengiraan undi di 20 Cabang di Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Rekod keputusan menunjukkan Azmin Ali menguasai majoriti undi di Negeri Sarawak khususnya kawasan bukan Melayu seperti di Cabang Stampin, di kawasan majoriti Iban di Cabang Saratok dan Cabang Lubok Antu.

Jumlah undi yang tinggi diperolehi oleh Azmin di kawasan yang majoriti bukan Melayu disebabkan kempen beliau melalui manifesto Keadilanraya dan ketegasan beliau bahawa PKR merupakan parti milik semua kaum.

Azmin juga dikatakan menguasai undi Kelantan dan menang di tiga Cabang yang sudah diperolehi jumlah undiannya iaitu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan Ketereh.

Bagi jawatan Ketua AMK, Amirudin Shari meninggalkan pesaingnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nazree Yunus manakala bagi jawatan Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin mendahului pesaingnya Rodziah Ismail.

Pemilihan PKR yang melibatkan ahli-ahli parti di semua cabang bermula 25 April lepas dan dijangka selesai pada 11 Mei nanti.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...