Pemilihan Semula CEC Dap: Keluarga Peguam, Dinasti Lim Kekal - pakdin.my

dinasti dalam DAP

Pasangan ayah-anak — Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan Karpal Singh/Gobind Singh Deo merupakan antara mereka yang mendapat undi terbanyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP 2013, di sini, Ahad.

Kit Siang mendapat 1,436 undi manakala anaknya meraih 1,305. Karpal dan Gobind, masing-masing mendapat 1,421 dan 1,409 undi.

Keempat-empat mereka layak menganggotai CEC.

Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menerima undi terbanyak iaitu 1,438 undi dalam proses pemilihan semula 20 anggota CEC dalam kalangan 49 calon bertanding.

Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pemilihan semula parti itu, Dr Ong Kian Ming, selepas berakhir proses pengiraan undi selama tujuh jam itu.

Pemilihan semula itu diadakan berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf CEC yang dibentuk selepas pemilihan parti itu Disember tahun lepas ekoran isu berkaitan perwakilan dan masalah teknikal semasa pemilihan.

“Semua aspek pemilihan undi dilakukan dengan telus dan mendapatkan pengesahan pihak auditor.

“Sebanyak 1,725 kertas undi dikeluarkan. Daripada jumlah itu, 1,663 adalah undi sah sementara 62 adalah undi rosak. Jumlah undi yang diperolehi oleh semua calon ialah 33,260,” katanya ketika mengumumkan keputusan pemilihan semula CEC.

Daripada enam pemimpin Melayu DAP yang bertanding bagi merebut jawatan anggota CEC, hanya Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Guan Eng terpilih, dengan meraih 1,132 undi.

UTAMAPOLITIKPemilihan Semula CEC Dap: Keluarga Peguam, Dinasti Lim Kekal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium