Pemilihan tercemar, PKR bukan lagi parti reformis, kata Ambiga #pakdin.my

PKR bukan lagi parti reformis berikutan proses pemilihan parti itu tercemar dengan penipuan dan salah laku hingga disiasat polis.

Walau beliau mengakui parti itu memainkan peranan penting dalam pembaharuan sistem pilihan raya negara, Datuk S Ambiga berasa kecewa terhadap PKR.

“Sekurang-kurangnya mereka harus mempercayai pilihan raya bersih dan adil untuk menjadi reformis,” coret ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi.

“Mereka percaya. Beberapa tahun lalu. Bila mereka membantu memulakan gerakan Bersih,” kata bekas pengerusi Bersih 2.0 di Twitter hari ini.

Ambiga menganggap PKR silap jika parti itu menyangka rakyat tidak peduli terhadap peristiwa sepanjang proses pemilihan parti sejak dua bulan lalu.

Beliau mengingatkan rakyat sentiasa memerhati dan parti itu harus mengambil iktibar atas kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu.

“Peningkatan 13,000 ahli dalam sehari? Biar betul?” coretnya merujuk pertambahan 13,000 ahli di cabang Julau daripada 603 orang dalam semalaman.

https://pakdin.my/tag/pemilihan-pkr/

Berkaitan