32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Pemilihan Umno: Empat Cuba Nasib Tentang Khairy

4-tentang-kj

Khairy Jamaluddin hampir pasti menghadapi tentangan lima penjuru dalam usaha mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Sehingga tempoh penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang, lima calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing.


Sebelum ini media melaporkan Khairy kemungkinan hanya akan ditentang tiga pencabar yang lebih awal tampil menyatakan hasrat masing-masing sebelum hari penyerahan borang pencalonan berlangsung pada Sabtu.

Bagaimanapun sekretariat pemilihan Umno mengesahkan Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak muncul menyerahkan borang pencalonannya bagi jawatan ketua sayap itu.

Selain itu tiga lagi bakal calon lain ialah Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali.


Pengerusi pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali berkata, bagaimanapun pihaknya akan memuktamadkan senarai calon yang disahkan bertanding dalam tempoh 72 jam selepas tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada Sabtu.

“Kita ada tempoh bertenang sebelum jawatankuasa pemilihan mengeluarkan nama calon yang disahkan layak bertanding.


“Kalau ada calon yang ingin menarik diri pun, mereka boleh lakukan dalam tempoh ini,” katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

 

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan