24.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

#PemilihanPKR: Provokasi Rafizi punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam

pemilihan-pkr-kemamanKuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik
“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

“Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...