Pemilik kedai emas cedera ditembak di Lebuh Ampang pagi ini - pakdin.my

tembakPemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di sini cedera parah terkena tembakan ketika cuba menghalang percubaan merompak kedainya hari ini.

Abdul Rasul Abd Razak, 58, cedera di bahagian perut dan bahu akibat terkena dua das tembakan dilepaskan seorang daripada empat suspek yang cuba merompak kedainya dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu.

Menghuraikan insiden itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang bersiap-siap untuk memulakan operasi sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh dan berjaket hitam meluru masuk premis berkenaan.

 Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Khairi berkata seorang daripada suspek bertindak melompat masuk ke ruang kerja pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan.

Mangsa yang keluar dari pejabatnya untuk cuba menghalang tindakan penjenayah itu bergelut dengan dua suspek itu.

Ketika pergelutan itu, dua lagi rakan penyamun yang ketika itu berada di luar kedai dan bersedia dengan motosikal meluru masuk ke kedai dan melepaskan beberapa das tembakan, lalu mengenai bahu dan perut mangsa.

“Akibat panik, kesemua suspek melarikan diri dengan dua motosikal tanpa sempat melarikan apa-apa,” katanya, sambil menambah tiga kelongsong peluru dan satu serpihan slug ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya suspek bersenjatakan dua pucuk pistol.
Katanya, pihak polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar kedai itu.

UTAMABERITAPemilik kedai emas cedera ditembak di Lebuh Ampang pagi ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium