Pemilik restoran, isteri maut kemalangan - pakdin.my

PORT DICKSON: Suami isteri maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu anak saudara mereka sejurus terbabit kemalangan di Kilometer 23 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini petang tadi.

Mangsa yang maut ialah Seng Pang Hemg, 57, yang juga pemilik Restaurant Yacht di sini dan isteri, Lim Mei May, 50, manakala anak saudara mereka, Yee Siew Mei, 35, cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mustafah Hussin, berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari arah Telok Kemang menghala Seremban, sebelum terbabas.

“Berdasarkan maklumat, kenderaan jenis Honda HRV itu dikatakan berpusing beberapa kali menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar.

“Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson (HPD) yang bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat, mengesahkan dua penumpang maut di tempat kejadian sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik HPD untuk besah siasat.

“Sementara pemandu kenderaan dilaporkan parah dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

UTAMABERITAPemilik restoran, isteri maut kemalangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium