Pemimpin DAP Kuala Nerang keluar parti - pakdin.my

ALOR SETAR: Pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) kini menular pula kepada DAP apabila ada pemimpin parti itu mengumumkan keluar parti.

Terbaharu Ketua Penaja DAP Cawangan Kuala Nerang, Ong Keen Tong keluar parti itu kerana kecewa sikap pemimpin DAP yang tidak mempedulikan masalah rakyat.

Beliau turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Padang Terap.

Keen Tong yang juga ahli DAP seumur hidup dijangka menyerah semula borang keahlian DAP pada 20 November ini sempena Ceramah Muafakat Nasional di Kompleks PAS Padang Terap, Barokas.

Menurutnya, seramai 50 ahli DAP di cawangan Kuala Nerang akan turut mengikut jejak langkahnya keluar DAP.

“Apa guna menjadi Ahli Majlis Daerah kalau masalah rakyat saya tidak boleh bantu. Pemimpin DAP Kedah gagal turun padang memberi sokongan solidariti dengan ahli di bawah yang dalam kesusahan.

“Bila kita ajak mereka datang lihat masalah rakyat, mereka jawab sibuk,” katanya ketika dihubungi di sini

UTAMAPOLITIKPemimpin DAP Kuala Nerang keluar parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium