Pemimpin DAP P.Pinang Letak Jawatan Selepas Sokong Usul BN - pakdin.my

Teh Yee Cheu

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Ahad.

Peletakan jawatan melalui e-mel itu dialamatkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.

Dalam surat peletakan jawatannya, Yee Cheu memaklumkan parti bahawa dia mengambil keputusan meletak jawatan atas sokongannya terhadap usul berkaitan penambakan tanah di Dewan Undangan Negeri pada 20 November.

Pada Jumaat, usul yang dibentangkan oleh Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menarik perhatian apabila Yee Cheu mengundi bersama-sama dengan semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang hadir di sidang DUN manakala lima wakil rakyat PKR berkecuali.

UTAMAPOLITIKPemimpin DAP P.Pinang Letak Jawatan Selepas Sokong Usul BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium