Pemimpin DAP Selangor bakal sertai BN? - pakdin.my

DAPigKLANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mendedahkan yang seorang pemimpin DAP Selangor telah menyatakan hasrat menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ini.

ADUN yang mewakili BN itu mendakwa, hasrat tersebut disampaikan oleh pemimpin itu kepada beliau melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya minggu lalu.

Abdul Rahman bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin DAP itu sebaliknya meminta wartawan menunggu ‘berita baik’ yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Pemimpin itu menyatakan hasrat menyertai BN kerana tidak berpuas hati dengan masalah dalaman yang menimpa DAP selain masalah dalaman pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

“Jadi kita tunggu sahajalah berita baiknya tidak lama lagi,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hua di sini petang ini.

UTAMAPOLITIKPemimpin DAP Selangor bakal sertai BN?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium