26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Pemimpin gagal pertahan akidah harus ‘diperangi’

Mereka kata kepda pegawai JAIS tiada muslim didalam program tersebut. Maknanya mereka nak kata 12 orang yang memiliki nama islam sebenarnya telah murtad?

Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyifatkan pemimpin Melayu Islam yang gagal bersatu mempertahankan akidah sebagai dayus dan harus ‘diperangi’ habis-habisan.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan umat Islam yang tidak boleh dikompromi.

“Nilai akidah umat Islam tidak boleh dihitung dengan jumlah kertas undi apatah lagi dengan secebis kuasa politik. Sebaliknya, ia harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan tidak ada istilah toleransi atau rundingan.

“Jika inginkan kuasa janganlah seperti orang kebulur sangat. Mencari kuasa atau ingin berkuasa mestilah ada hadnya. Jangan sampai kita sanggup menggadaikan akidah semata-mata mahu mencari keuntungan politik dan peribadi jangka pendek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat masih gagal menyelesaikan isu pemeriksaan gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Kelmarin, Abdul Khalid menimbulkan polemik apabila mengumumkan penubuhan majlis penasihat syura yang kononnya dicadangkan oleh Sultan Selangor sedangkan ia tidak mendapat perkenan baginda.

Sebaik sahaja ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid mengubahnya kepada Jawatankuasa Pendengaran sebelum mengubah lagi semalam kepada gerak kerja pendengaran.

A. Rahman berkata, apa yang berlaku di gereja itu seharusnya membuka mata umat Islam terhadap ancaman yang sedang dihadapi dan perlunya mereka bersatu dalam menangani isu berkenaan.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan