Pemimpin IS berebut kuasa di Asia Tenggara – Jakarta jadi medan pembuktian - pakdin.my

Salah seorang suspek serangan melepaskan tembakan secara rambang akhirnya maut ditembak polis.
Salah seorang suspek serangan melepaskan tembakan secara rambang akhirnya maut ditembak polis.

JAKARTA: Ketua Polis Jakarta, Jeneral Tito Karnavian mendedahkan, pejuang IS dari Indonesia, Bahrun Naim yang mendalangi serangan di ibu kota ini dan dipercayai berada di Raqqa, Syria, mahu menjadi pemimpin militan di Asia Tenggara.

“Bahrun Naim mahu menubuhkan Kathibah Nusantara di Indonesia. Dia mahu menjadi pemimpin IS di Asia Tenggara.

“Di Filipina, militan sudah mengisytiharkan mereka mahu bersaing menjadi pemimpin dan Bahrun Naim melancarkan serangan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Presiden di ibu kota ini pada Khamis.

Tito menggambarkan serangan di Jalan Thamrin itu sebagai “medan pembuktian” dalam kalangan pemimpin kumpulan pengganas yang bersaing antara satu sama lain.

Tujuh tahun lalu, Bahrun Naim mengendalikan sebuah kafe internet di bandar kecil Indonesia di Solo.

Dalam tempoh itu, dia ditahan pada tahun 2011 kerana memiliki senjata secara haram serta dipenjara selama tiga tahun.

Polis berkata sejak itu dia muncul sebagai pemain utama dalam rangkaian militan yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Solo dan seluruh Jawa Tengah.

Setahun lalu, dia terbang ke Syria untuk menyertai barisan hadapan IS dan polis percaya Naim terbabit secara rapat dalam merancang serangan semalam yang mengorbankan .

UTAMADUNIAPemimpin IS berebut kuasa di Asia Tenggara - Jakarta jadi medan pembuktian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium