Pemimpin lama cuba pecahkan perpaduan disebalik tanggungjawab satukan umat Islam - pakdin.my

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin Islam mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.

Perdana Menteri berkata umat Islam adalah bersaudara dan kerana itu beliau cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.

“Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan.

“Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan,” katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com bertajuk ‘Ucapan Perdana Menteri mengenai perpaduan umat Islam’, pada Jumaat.

Menjelas lanjut, katanya pemimpin itu selepas bersara, telah memecahkan lagi orang Melayu Islam kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baharu.

Najib berkata tabiat pemimpin itu suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.

“Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara.

“Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak, tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai,” katanya.

Perdana menteri berkata ramai yang pernah menjadi mangsa pemimpin itu dahulu, dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua, sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya,” katanya.

20160930-najib-mahathir-pemecah-belah

UTAMAPOLITIKPemimpin lama cuba pecahkan perpaduan disebalik tanggungjawab satukan umat Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium