Pemimpin luar ucap tahniah kepada Najib, puji proses PRU-13 - pakdin.my

najib-pemimpin-luar-ucap-tahniah-pru13

Kalangan pemimpin dan duta asing mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji proses pilihan raya umum yang menurut mereka diadakan secara demokratik.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang mengucapkan tahniah kepada Najib berkata, kemenangan itu dicapai di bawah kepimpinan cemerlang beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menurut Presiden Iran itu, senario itu dapat diterjemahkan sebagai sokongan padu terhadap dasar-dasar Barisan Nasional.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Iran di sini, Ahmadinejad berkata, beliau yakin hubungan dua hala di bawah kepimpinan Najib akan terus kukuh dan

“bertambah kukuh dari hari ke hari, seperti di masa lalu”.

“Saya berdoa kepada Allah semoga merahmati Yang Amat Berhormat dan kerajaan serta rakyat Malaysia dengan kesihatan yang baik, kejayaan dan kemakmuran,” katanya.

Sementara itu, Duta Azerbaijan, Prof Dr. Qaley Allahverdiyev berkata, PRU-13 telah diadakan secara penuh demokratik dan aman.

“Proses pilihan raya berjalan dengan baik. Dengan mengambil kira bahawa terdapat protes pada tahun lepas dan awal tahun ini, pilihan raya umum baru-baru ini dan kempen berjalan dengan amat baik,” katanya

UTAMAPILIHAN RAYAPemimpin luar ucap tahniah kepada Najib, puji proses PRU-13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium