Pemimpin parti perlu diberikan dukungan untuk selesaikan masalah UMNO – Zahid Hamidi - pakdin.my

zahid-umno kedah-perjumpaan

ALOR SETAR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta anggota parti di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi supaya mendukung usaha-usaha yang dilakukan oleh kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah dihadapi parti.

Beliau berkata, kepimpinan parti dan kerajaan sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diperkatakan itu.

Tanpa menjelaskan masalah yang sedang cuba diselesaikan oleh kepimpinan parti, katanya, beliau yakin masalah itu dapat diselesaikan pada jangka masa yang telah ditentukan,

“Atas dasar ini, kami menjelaskan kepada kepimpinan negeri, bahagian serta akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah itu,” kata Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Kedah dan berjumpa dengan pemimpin serta anggota empat peringkat UMNO negeri di Seri Mentaloon di sini, hari ini. –

UTAMAPOLITIKPemimpin parti perlu diberikan dukungan untuk selesaikan masalah UMNO - Zahid Hamidi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium