Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm

Global

All countries
230,200,110
Confirmed
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
All countries
205,178,804
Recovered
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm
All countries
4,720,526
Deaths
Updated on September 21, 2021 21:59 9:59 pm

Pemimpin PKR keliru pasal kes saman RM2 juta Hadi Awang

hadi-saman

Mereka daripada parti yang sama -PKR – seorang pengarah komunikasi dan seorang lagi pengarah strategi tetapi kenyataan mereka mengenai kes saman RM2 juta yang dihadapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berbeza.

Peliknya, empunya badan, Abdul Hadi masih berdiam diri walaupun sudah diarah membayar saman itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu  dalam penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calonPKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Hanya, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Namun, setelah bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Shamsul supaya menarik balik saman untuk mengelak adanya kecelaruan dalam pembangkang, dua pengarah dalam PKR pun bersuara.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melalui kenyataannya pada Selasa memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

“Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

“Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, pimpinan PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah demi kebaikan dan kesepakatan bersama.

Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan tindakan  Zaid yang turut akan bertanding dalam PRK DUN Kajang  menyarankan Anwar menasihat Shamsul supaya menarik balik saman itu sebagai cubaan menangguk di air yang keruh.

Menurutnya, Zaid tidak perlu masuk campur dalam urusan PKR, dan saranan tersebut merupakan tindakan nakal Zaid dalam mencetuskan polemik baru menjelang PRK Dun Kajang.

“…kenapa bila melibatkan PKR, dia hendak masuk campur,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online, Selasa.

Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan,  biarlah perkara itu diselesaikan di mahkamah secara indivindu tanpa melibatkan parti.

“…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman,” katanya.

Selain saman, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh

dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Dengan kenyataan Fahmi dan Rafizi yang berbeza dalam isu saman Hadi, tidak hairanlah PKR turut mendapat jolokan Parti Keliru Rakyat.

Tengok ramai mahu dengan apa pula kata Anwar dalam kes ini.

Adakah beliau menyebelahi Fahmi atau Rafizi atau simpati terhadap Hadi?

Harap jawapan Anwar tidak mengelirukan

Berkaitan