Pemimpin PKR Ziarah Hadi Petanda PKR Anggap PAN Dan Pribumi Tidak Boleh Diharap - pakdin.my

Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR terputus secara rasmi pada Mei lalu, namun hubungan pimpinan antara kedua-dua parti berkenaan masih ‘terjalin’.

Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam laman Facebook beliau malam tadi memberi gambaran berkenaan.

Hadi menerima kunjungan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Dr Shaharuddin Badaruddin.

“Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur,” tulis beliau.

Azmin turut berkongsi gambar yang sama dalam akaun Twitter beliau.

“Sebentar tadi menemani YB @drwanazizah dan @pmshahar menziarahi YB Tuan Guru Ustaz Haji Hadi Awang yang sedang berehat selepas pembedahan,” tulis Azmin di akaun Twitter @azminali malam tadi.

Pertemuan pimpinan PKR dan Hadi itu sekaligus menimbulkan spekulasi sama ada kedua-dua parti itu akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Azmin yang ditemui pemberita sewaktu menghadiri Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, tengah hari semalam berkata, beliau bersedia untuk berunding dengan PAS dalam mendepani PRU14 kelak.

Azmin minggu lalu diumumkan sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Selangor itu memberitahu tindakan itu penting supaya tiada pertembungan sesama pembangkang memandangkan PAS kini bukan sebahagian daripada gabungan berkenaan.

UTAMAPOLITIKPemimpin PKR Ziarah Hadi Petanda PKR Anggap PAN Dan Pribumi Tidak Boleh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium