Pemimpin politik menghadap Yang di-Pertuan Agong - pakdin.my

Pemimpin parti-parti politik negara mula menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Majlis menghadap bermula dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung selama sejam mulai jam 8 pagi.

Secara kebiasaannya, Muhyiddin selaku ketua kerajaan akan menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada setiap Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.40 pagi dan beredar sejam kemudian.

Semasa bercakap kepada pemberita yang menunggu di luar Istana Negara, Presiden PKR itu berkata sesi menghadap itu berkisar kepada perbincangan mengenai isu COVID-19, persidangan Parlimen serta kedudukan ekonomi negara.

“Pertama tentulah saya bawa mengenai pandangan kita (pembangkang) tentang COVID-19, soal ujian saringan yang rendah, soal jangkitan serta kematian dan saya terharu kerana Tuanku begitu arif tentang perkembangan-perkembangan semasa,” katanya.

Mengenai penamatan darurat, beliau berkata Seri Paduka meminta supaya semua pihak patuh kepada semangat Raja Berpelembagaan berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

Pada  11 Jan lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.

Pada awal minggu ini, media melaporkan Seri Paduka dijadual menerima menghadap barisan pemimpin parti-parti politik negara bermula hari ini hingga minggu depan, termasuk menerusi persidangan video.

Kata Kunci

Berita Berkaitan

Lagi Berita

UTAMAPOLITIKPemimpin politik menghadap Yang di-Pertuan Agong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium