Pemimpin PPBM, menteri jalani ujian Covid-19 selepas Tok Pa sah positif - pakdin.my

Menteri Kabinet diminta menjalani ujian Covid-19 susulan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mustapa Mohamed disahkan positif jangkitan virus itu.

Seorang menteri yang enggan dinamakan berkata, beliau dan rakan anggota Kabinet lain diarahkan menjalani ujian berkenaan esok.

Mustapa menghadiri mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada 6 Jan.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM yang menghadiri mesyuarat dengan Mustapa pada hari sama turut diarahkan menjalani ujian berkenaan.

Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan mengesahkan perkara itu kepada media, tetapi menambah, SOP Kementerian Kesihatan dipatuhi pada mesyuarat berkenaan.

Mustapa, yang juga Ahli Parlimen Jeli, disahkan positif selepas disaring sebaik tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pagi semalam. Beliau kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Hasil ujian pertama dilakukannya, negatif.

Catatan di akaun Facebook milik Mustapa menunjukkan, sebelum disahkan positif, beliau melawat beberapa tempat di Perak dan Kelantan, selain bermesyuarat dengan pegawai kerajaan, pakar akademik dan pesara kerajaan.

Beliau juga berada di studio rangkaian telivisyen Astro Awani untuk sesi wawancara.

Mustapa turut mengadakan mesyuarat dengan Menteri Kesihatan Adham Baba di Putrajaya, selain memberi taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai Rancangan Malaysia ke-12 di Istana Negara.

Mustapa turut menghadiri mesyuarat bulanan kakitangan di Unit Perancangan Ekonomi.

UTAMABERITAAMPemimpin PPBM, menteri jalani ujian Covid-19 selepas Tok Pa sah positif

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium