PEMIMPIN UMNO, PAS TIBA DI HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH ROHINGYA - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Stadium Titiwangsa bagi menyertai Himpunan Solidariti Ummah Rohingya.

Stadium Titiwangsa kini dipenuhi kira-kira 15,000 hadirin termasuk etnik Rohingya bagi menyatakan soladariti umat Islam menentang kekejaman kerajaan Myanmar kepada etnik Rohingya.

Selepas ketibaan Perdana Menteri majlis dimulakan dengan bacaan doa Qunut Nazilah daripada Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Ketika doa itu dibacakan hadirin termasuk etnik Rohingya kelihatan mengalirkan air mata menghayati doa tersebut.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

20161204-himpunan-ummah-rohingya


Petdana Menteri, Datuk Seri Najib tiba di. Stadium Titiwangsa menyertai Himpunan Soladiriti Ummah Rohingya.

Sebelum itu Datuk Seri Hadi Awang telah tiba bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba bagi menyertai Himpunan tersebut .

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Anifah Aman juga hadir.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz.

20161204-najib-hadi-awang-zahid-rohingya20161204-najib-hadi-rohingya

UTAMAPOLITIKPEMIMPIN UMNO, PAS TIBA DI HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH ROHINGYA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium