Pemimpin Umno Selangor Mahu SPR Laksana Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Indekos diduga tempat prostitusi digerebek di Jakarta Timur

Sudah langsung kita segel, sekarang masih proses penyelidikan Jakarta (ANTARA)...

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy...

Ismail-Kijo

Ketua UMNO bahagian di Selangor berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan apa yang disebutnya sebagai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah lama tidak dijalankan.

Ketua UMNO Bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan berkata beberapa kawasan Parlimen di Selangor mempunyai jumlah pengundi yang mencecah ratusan ribu.

“Pengundi semakin bertambah, tidak elok contohnya satu Parlimen pengundinya sampai ratusan ribu, kita boleh pecah kepada dua atau tiga, malah ada pula kawasan yang bilangan pengundi kurang daripada 30,000.

“Jika jumlah pengundi itu terlampau banyak ia akan membebankan wakil rakyat dan akhirnya mereka tidak dapat menjalankan kerjanya dengan baik,” katanya.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), yang diadakan tahun lepas.

Antara kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159).

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003.

“Sebagai contoh yang kita lihat di Parlimen Gombak, pada 2003, untuk kawasan Gombak tidak berlaku pecahan sewaktu persempadanan semula sedangkan jumlah pengundinya ramai, jadi akibatnya jumlah pengundinya bertambah sehingga kini dan terlampau besar sampai mencecah ratusan ribu.

“Penduduk di setiap Parlimen bertambah malah kali terakhir kita menjalani persempadanan semula ialah pada 2003, cuba bayangkan sekarang sudah 2014,” katanya.

Ditanya mengenai peningkatan jumlah pengundi di Parlimen Ampang, Ismail menegaskan di Parlimen Ampang, peningkatan itu tidak begitu ketara malah jumlah pengundi di Parlimen itu hanya sekitar 85,000.

BACA juga:

Leave a Reply